Qil's
the hardworking owner can i have some...
| tali "Kau yakin tali itu wujud?" "Yakin" - kata aku. "Atau kau sendiri yang sengaja wujudkan?" "………" Aku umpama si buta melihat Sorga Yang disogokkan dengan indahnya Dunya Kini malam tiba lagi Ditinggalkan Matahari Dibebankan dengan bunyi rintisan hujan Malu. Mahu saja aku larutkan tubuh ini dalam hujan Mahu selamanya duduk membatu sendirian Jiwa aku mendebu ke langit Raga aku tersejat ke awan Tinggi Jauh Sungguh jauh Rupanya aku ini hidup dalam dongeng anganan Sepertinya aku mahu hilang dari daratan luas Hanya kerana tali itu Betapa terhanyutnya seorang aku Pesan hati, "mimpi, jangan jahat" |