Qil's
the hardworking owner can i have some...
| Lu aku mati kata.
aku telan air liur.
rasa berdebar.
bila kau tulis tentang aku.
aku baca perlahan-perlahan.
aku hadam satu-satu.
nafas aku, aku atur dengan sempurna.
kau tayang balik setiap detik yang pernah kita tempuh --
aku dah mula sebak,
bila kau sebut rancangan kegemaran kita yang selalu kita tonton bersama.
aku dah mula bertakung air mata,
bila kau sebut kau rindu mesej aku setiap pagi.
aku dah mula tersedu-sedan,
bila kau sebut kau rindu diri aku yang pelik, yang tak pernah sempurna.
aku selak balik halaman yang lepas,
kenangan kita satu per satu.
ternyata,
masih segar.
masih belum hitam putih gambaran itu.
mana mungkin aku lupakan kau,
yang selalu...
rapuh sama-sama dengan aku, merangkak sama-sama dengan aku,
papah aku bila aku jatuh teruk,
layan angan-angan aku,
rela berlakon jadi suami-not-so-romantic aku yang pondan,
sudi dengar aku merapu, membebel tak henti.
sabar hadap marah carut aku.
mahu layan rajuk aku.
makan nasi ayam dengan aku.
setia jadi peneman aku naik bas dari Seremban-Pilah
jadi pengecut sama-sama dengan aku tengok cerita hantu. maaflah, aku terpukul muka kau masa tengok cerita hantu. sungguh aku tak sengaja. aku terkejut waktu tu -.-
kau bagitahu aku,
celah mana yang aku tak boleh tak sayang kau?
kau bagitahu aku,
celah mana lagi yang aku tak boleh tak rindu kau?
tak ada.
kena sayang, kena rindu.
mujur kau bukan lelaki.
kalau tak dah lama aku kahwin dengan kau.
HAHAHAHA!
kalaulah ada lelaki yang sanggup layan aku macam kau layan aku,
bertuah aku weh, bertuah! buat suami dah woi. ehek :p
Lulu,
apa kau masih ingat lagi?
setiap kali kau beli air soya,
kau selalu suruh aku bukakan penutup botol tu.
sebab kau bengap sangat tak boleh nak buka sendiri, kah kah kah!
terus...
aku cakap,
"kau tak boleh selalu macam ni, aku tak selalu ada dengan kau Lulu. Cuba tengok aku buka ni, meh sini aku ajar"
dan kau ketuk kepala aku, kau balas,
"bodohlah Qilah, janganlah cakap macam tu. Sedih aku."
aku harap sekarang,
kau dah pandai buka penutup botol soya tu, tanpa bantuan aku :)
Lulu.
terima kasih,
kerana menjadi diri kau yang pelik persis seperti aku, selama kita berkawan.
terima kasih,
kerana tidak bermuka-muka selama kita berkawan.
terima kasih,
kerana sampai sekarang, kau belum ada percubaan untuk tikam aku dari belakang.
terima kasih Lulu.
untuk semuanya.
aku minta maaf aku baru baca post kau.
kebetulan hari ini,
aku buka blog.
aku nampak gambar kita.
aku dah agak,
aku mesti nangis.
terima kasihlah buat aku menangis.
syaiton sangat kau ni.
Lulu,
baik kau mengaku dekat aku cepat,
sebenarnya kau rindu aku kan bila setiap kali kau whatsapp aku,
kau tulis "Qilahhhhhhh"
kan kan kan?
eleh, bila tanya kenapa jawab, "saje je"
dasar pondan. hahahaha.
Lulu,
jangan pernah jatuh lama sangat,
tolong kuatkan diri untuk bangun sendiri.
aku tak ada kat sana untuk papah kau lagi,
tolong tolong dan tolong.
kalau kau lemah, aku lagi lemah kat sini.
insyaAllah, doa untuk kau selalu ada.
dan juga untuk kawan-kawan yang lain.
panjang umur aku,
kita jumpa ya?
kita berangan lagi dan lagi.
sebab dalam dunia ni,
berangan tu je yang percuma.
yang lain semua guna duit.
okaylah gemuk,
jaga diri.
gemuk kat sini nak tidur dah.
esok ada kelas.
oh yeah!
and I love you too.
always do.
hahahaha.
|