bila aku ingat kembali, waktu dulu...
aku jadi sedih. aku jadi rindu...
kadang kadang perasaan ini, fikiran ni, bukan disengajakan.
aku tak dapat bendung perasaan ni, bila aku terus menipu diri aku.
kadang kadang jatuh tersungkur juga aku dibuatnya.
aku cuba untuk bangun, walaupun payah.
entah kenapa semalam, terbaca mesej kau.
ada sweetnya, ada sakitnya...
haihhh~
manusia... kenapa kau perlu seksa aku sebegini rupa?
kesannya sampai sekarang.
walaupun aku selalu berlagak macho bila bersembang dengan kau.
tapi... haihhh~
hati...
entah bila kau akan pulih dari perbuatan manusia itu.
rehatlah wahai hati...setelah bertahun kau dipermainkan, ini lah masanya untuk kau rehat.
ambil masa untuk kau pulih ya hati.
bantulah aku ya Allah...
sesungguhnya mental aku sangat lemah tika ini.
aku dah tak mampu untuk berfikir.
aku masih tak dapat menerima realiti sakit ini.
kuatkanlah hatiku ya Allah...
"dengarilah sayang, Allah memujukmu..wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki baik & sebaliknya. telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. cuma peribadinya di tentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.jika kau di atas jalan yang diredhai, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama. Lupakan segala kegundahan, teguhkan cinta pada cinta Hakiki nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki. ALLAH LOVES YOU my dear. senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan!"
ya, mungkin selepas ini...
aku perlu ingat kata kata ini sebagai motivasi...
apa mungkin sebagai penyedap hati?
persoalannya...
mampukah aku untuk tepis segala kenangan yang kadangkala kembali bersarang?
mampu qilah?
mampu?
entah.
aku perlukan masa.
beri aku masa.
.the end.
Thursday, October 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 blurp blurp !:
Post a Comment